Apa itu tenaga solar?
Tenaga solar adalah teknologi yang dicipta untuk mendapatkan tenaga daripada cahaya matahari. Tenaga matahari ini telah digunakan dalam banyak teknologi tradisional sejak beberapa abad yang lepas secara meluas. Antara contoh penggunaan tenaga matahari adalah (pemanasan air, pemanasan banguna dan juga dalam masakan). Malah, tenaga matahari juga boleh menghasilkan tenaga elektrik melalui enjin pemanasan dan fotovoltaik. – Wikipedia.
Solar PV(Photovoltaic) di rumah.
Ya. Melalui teknologi terkini, penghasilan daripada solar panel boleh menghasilkan tenaga elektrik setiap hari. Sekarang, sudah banyak rumah, kilang dan industri yang memasang solar panel untuk menghasilkan tenaga elektrik sama ada untuk tujuan perniagaan ataupun untuk kegunaan sendiri.
Tidak hairan mengapa tenaga solar ini menjadi sumber tenaga boleh baharu PENTING pada masa hadapan nanti. Ini kerana faktor perubahan cuaca dibumi dan berlakunya pencemaran serta kekurangan sumber bekalan tenaga elektrik akan semakin berkurangan pada masa hadapan. Sebab itu kebanyakkan negara termasuk Malaysia berusaha keras untuk mendidik rakyat Malaysia agar lebih menjimatkan penggunaan tenaga elektrik dalam kehidupan seharian dan juga mendidik masyarakat untuk memasang solar panel di rumah atau bangunan agar dapat menyediakan sumber tenaga boleh baharu yang mencukupi pada masa hadapan untuk seluruh rakyat Malaysia.
Melalui lawatan terbaru saya ke rumah Pn. Stephanie Mary Bacon pada 18 Januari 2014 yang lalu anjuran SEDA Malaysia, saya mendapat banyak maklumat yang berguna dan dapat belajar perkara baru tentang teknologi tenaga solar, khususnya pemasangan solar panel di rumah.