Sunday, 15 May 2016

Teknologi Solar

Apa itu tenaga solar?
Tenaga solar adalah teknologi yang dicipta untuk mendapatkan tenaga daripada cahaya matahari. Tenaga matahari ini telah digunakan dalam banyak teknologi tradisional sejak beberapa abad yang lepas secara meluas. Antara contoh penggunaan tenaga matahari adalah (pemanasan air, pemanasan banguna dan juga dalam masakan). Malah, tenaga matahari juga boleh menghasilkan tenaga elektrik melalui enjin pemanasan dan fotovoltaik. – Wikipedia.
coolteck pv system
coolteck pv system
Example of PV System – Solarsanantonio.org
Solar PV(Photovoltaic) di rumah.
Ya. Melalui teknologi terkini, penghasilan daripada solar panel boleh menghasilkan tenaga elektrik setiap hari. Sekarang, sudah banyak rumah, kilang dan industri yang memasang solar panel untuk menghasilkan tenaga elektrik sama ada untuk tujuan perniagaan ataupun untuk kegunaan sendiri.
Tidak hairan mengapa tenaga solar ini menjadi sumber tenaga boleh baharu PENTING pada masa hadapan nanti. Ini kerana faktor perubahan cuaca dibumi dan berlakunya pencemaran serta kekurangan sumber bekalan tenaga elektrik akan semakin berkurangan pada masa hadapan. Sebab itu kebanyakkan negara termasuk Malaysia berusaha keras untuk mendidik rakyat Malaysia agar lebih menjimatkan penggunaan tenaga elektrik dalam kehidupan seharian dan juga mendidik masyarakat untuk memasang solar panel di rumah atau bangunan agar dapat menyediakan sumber tenaga boleh baharu yang mencukupi pada masa hadapan untuk seluruh rakyat Malaysia.
Melalui lawatan terbaru saya ke rumah Pn. Stephanie Mary Bacon pada 18 Januari 2014 yang lalu anjuran SEDA Malaysia, saya mendapat banyak maklumat yang berguna dan dapat belajar perkara baru tentang teknologi tenaga solar, khususnya pemasangan solar panel di rumah.
solar panel - cooltek home
solar panel - cooltek home
Solar Panel di CoolTek Home.

Thursday, 12 May 2016

Pencemaran alam sekitar di China yang terlalu mementingkan peningkatan ekonomi tanpa memikirkan alam

Seorang pengguna Reddit memuat naik sejumlah gambar yang menunjukkan pencemaran alam di China. Ini bukan pencemaran alam biasa tapi sudah mencapai tahap kritikal sehinggakan kalau anda lihat pun boleh kembang perut dan anak tekak. Apa yang berlaku di sana adalah akibat daripada kesan perkembangan pesat industri dan populasi yang tinggi. Tidak mustahil pencemaran seteruk ini boleh berlaku di Malaysia sekiranya kita sebagai rakyat tidak mengendahkan kebersihan alam. Tanda tanda awal di Malaysia sudah ada. Tidak perlu lihat jauh hanya perlu lihat longkang di hadapan rumah. Mahu bukti lebih nyata lihatlah sungai Klang.

1. Wartawan mengambil sampel sungai Jianhe yang menjadi merah akibat pembuangan secara haram sisa loji kimia yang tak dirawat. Pembuangan itu dilakukan terus ke sungai tempatan 




2. Penduduk terpaksa menyedut udara yang tercemar setiap hari. Lihatlah asap tebal itu

 3. Keadaan udara di China dari atas






3. Keadaan udara di China dari atas



4. Pada tahun 2010, letupan berlaku di penyimpanan minyak di Dalian yang menyebabkan 400 juta gelen minyak tumpah. Gambar pekerja berusaha membersihkan kawasan selepas kejadian terbabit

undefined

5. Kanak-kanak dibesarkan dalam keadaan yang dikelilingi sampah dan terpaksa bermain di dalam keadaan sebegini











6. Ikan mati akibat lautan yang tercemar dan keadaan sungai yang dipenuhi alga.














7. Barangan elektrik yang banyak yang tidak boleh dilupuskan




sumber : http://magicalips.com/2015/02/fakta-sebenar-pencemaran-di-china.html
             : http://www.thevocket.com/pencemaran-alam-china/



Wednesday, 11 May 2016

Mari bersama-sama menjaga Bumi

 Alam sekitar menyumbangkan banyak perkhidmatan atau kemudahan penting kepada manusia. Ia bukan sahaja merupakan tabung sumber-sumber alam yang sebahagian daripadanya digunakan sebagai bahan-bahan input bagi proses pengeluaran dan penggunaan tetapi ia juga merupakan aspek penting bagi kehidupan manusia atas muka bumi. Alam sekitar sememangnya memainkan peranan yang penting dalam pembangunan negara. Sebagai negara pengeluar bahan-bahan utama, Malaysia bergantung kuat pada pengeluaran sumber-sumber alam sebagai sumber-sumber pendapatan daripada dalam dan luar negeri. Sebaliknya, manusia tidak menghargai sumber yang dimiliki sekarang telah menyebabkan alam sekitar dalam proses pengeluaran telah diabaikan dan muncul berbagai-bagai bentuk pencemaran. Usaha-usaha untuk mengatasi masalah ini telah dijalankan terutama dalam bentuk undang-undang dan kawalan. Walaupun tindakan ini merupakan langkah yang penting, ia tidak mungkin dapat mengatasi masalah alam sekitar secara keseluruhan.

            Secara amnya, pembentukan Akta Kualiti Alam Sekitar 1974, sebenarnya merupakan sebagai salah satu aspek yang penting dalam proses pembangunan negara. Sebelum itu masalah kemerosotan alam sekitar hanya merupakan masalah sampingan dan walaupun terdapat undang-undang tertentu namun pihak yang bertanggungjawab dengan penguatkuasa boleh dikatakan tidak berfungsi dengan sepenuhnya dalam pelaksanaan. Walau bagaimanapun, selepas terbentukny Akta Kualiti Alam Sekitar 1974, situasi telah berubah dalam mewujudkan penguatkuasa yang ketat dalam menjaga kualiti alam sekitar sekeliling.

         Kerajaan, sektor awam, sektor swasta dan juga masyarakat seharus bersama-sama bertanggungjawab dalam memastikan alam sekitar kita terpelihara. Kerajaan pusat telah menetapkan satu Dasar Alam Sekitar Negara iaitu mementingkan kerjasama rapat antara kerajaan pusat dengan kerajaan-kerajaan negeri dalam keperluan pembangunan sosioekonomi mestilah seimbang dengan keadaan sekeliling. Langkah-langkah yang diambil setakat ini telah menunjukkan prestasi dan kesan yang baik sesungguhpun terdapat lagi ruang yang perlu diperbaiki lagi. Dengan kerjasama semua pihak, Malaysia akan dapat mencapai pembangunan sosioekonomi di samping menikmati keselesaan alam sekitar demi mencapai taraf negara maju menjelang tahun 2020 seiring dengan wawasan 2020.


Kesan Pembangunan Bandar ke atas Alam Semulajadi

Alam semulajadi merupakan khazanah warisan negara. Antara tiga unsur alam semulajadi yang penting ialah hutan, air dan udara. Hutan berfungsi sebagai pembekal oksigen, kawasan tadahan, sumber makanan dan tempat perlindungan habitat flora dan fauna. Berdasarkan fungsi inilah warisan hutan perlu dikekalkan. Pembangunan bandar hanya melihat kepada pembangunan fizikal sebagai sumber ekonomi semata-mata.


Pembukaan bandar baru menyaksikan pembersihan hutan dan pemotongan bukit-bukit. Ini menyebabkan hakisan tanah semakin banyak kerana tidak dapat menampung air di permukaan bumi.

Selain itu, unsur kedua penting ialah air. Jika dilihat, air diperlukan oleh semua aktiviti bandar seperti industri, pertanian, perkilangan, perkhidmatan dan rekreasi. Pembangunan bandar turut meningkatkan permintaan bekalan air bersih dari semasa ke semasa. Lama kelamaan air ini akan berkurangan. Sumber air yang sedia ada di sungai-sungai atau tasik turut tercemar apabila hasil buangan sisa kilang, domestik dan pertanian yang tidak diolah dengan baik dibuang terus ke dalam sungai.

Kesan daripada pembangunan bandar yang tidak seimbang juga akan menyebabkan pencemaran udara dan peningkatan suhu. Udara segar yang dihasilkan melalui proses fotosintesis tumbuhan penting untuk pernafasan yang menjamin kelangsungan hidup. Tetapi akibat proses pembangunan, udara ini kini tercemar dengan bahan-bahan pencemaran seperti karbon monoksida, plumbun, dan nitrogen hidroksida. Ini terdapat dalam udara akibat aktiviti bandar seperti pengangkutan, asap dari industri, dan pelupusan sisa domestik.

Dengan ini jelaslah bahawa pembangunan bandar yang tidak seimbang dan terancang memberi kesan yang buruk kepada alam sekitar yang begitu penting bagi manusia dan kehidupan lain.






KONSEP PEMBANGUNAN LESTARI

Apakah Konsep Pembangunan Lestari?

- Adunan pembangunan atau kemajuan dengan pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar daripada musnah.

-Pemuliharaan bermaksus membaik pulih sumber-sumber alam sekitar seperti air, hutan, tenaga, udara, mineral dan lain-lain yang telah digunakan tanpa membiarkan sumber-sumber itu pupus.

-Pemeliharaan pula meliputi aspek penjagaan dan perlindungan untuk mengekalkan sumber-sumber semula jadi daripada diteroka dengan rakus oleh manusia.

-Idea pembangunan lestari dibentuk berasaskan konsep dan prinsip pembangunan berterusan. Bermatlamat untuk memenuhi keperluan masa kini tanpa menjejaskan keupayaan generasi akan datang.




Akta-akta berkaitan pembangunan lestari

1. Akta Kualiti Alam Sekitar 1974
-pencemaran udara (seksyen 20)
-pencemaran bunyi bising (seksyen 23)
-pencemaran tanah (seksyen 24)
-pencemaran perairan daratan (seksyen 25)
-Pencemaran minyak (seksyen 29)

2. Akta Perhutanan Negara 1984 - seksyen 82 (1) melarang sesiapa melakukan pembakaran dalam hutan simpan.

3. Akta Kerajaan Tempatan 1976- seksyen 81 menyatakan tindakan boleh diambil ke atas kilang yang mengeluarkan asap dan menganggu kesihatan serta alam sekitar.

4. Akta Taman Negara 1980- menghalang aktiviti yang menjejaskan ekosistem hutan


5. Akta Perikanan 1985



Contoh projek yang perlukan kelulusan EIA


Contoh Aktiviti Kriteria pembangunan yang perlukan laporan

1. Pertanian
i. Skim kemajuan tanah yang melebihi 500 hektar
ii. Program pertanian yang perlukan penempatan semula > 100 keluarga
iii. Pembangunan estet pertanian

2. Lapangan terbang 
i. Lapangan terbang yang mempunyai landasan 2, 500 meter atau lebih
ii. Pembinaan lapangan terbang dalam taman negara

3. Saliran dan pengairan 
i. Pembinaan empangan dan tasik buatan manusia seluas 200 hektar
ii. Saliran kawasan paya, hutan dara meliputi kawasan seluas 200 hektar
iii. Skim pengairan meliputi 5 000 hektar atau lebih

4. Tebus guna tanah
i. Penebusgunaan kawasan pantai meliputi kawasan seluas 50 hektar

5. Perikanan 
i. Pembinaan pelabuhan perikanan
ii. Peluasan kawasan pelabuhan melibatkan 50 peratus atau lebih
iii. Projek akuakultur meliputi kawasan 50 hektar atau lebih

6. Perhutanan
i. Pengubahan hutan bukit meliputi 50 hektar atau lebih
ii. Pembalakan mengubah kawasan tadahan kepada kegunaan lain
iii. Pembalakan melebihi 500 hektar atau lebih

7. Perumahan 
i. Pemajuan kawasan perumahan meliputi kawasan seluas 50 hektar

8. Industri 
i. Kimia – keluaran melebihi 100 tan metrik/hari
ii. Petrokimia – semua saiz

9. Infrastruktur 
i. Pembinaan lebuhraya, pembinaan bandar baru, pembinaan hospital

10. Pelabuhan 
i. Pembinaan pelabuhan



Pembangunan Lestari

Pembangunan atau kemajuan dengan pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar daripada musnah. Pemuliharaan membawa maksud membaik pulih sumber-sumber alam sekitar seperti air, hutan, tenaga, udara, mineral dan lain-lain yang telah digunakan tanpa membiarkan sumber-sumber itu pupus. Pemeliharaan pula meliputi aspek penjagaan dan perlindungan untuk mengekalkan sumber-sumber semula jadi daripada diteroka dengan rakus oleh manusia. Idea pembangunan lestari dibentuk berasaskan konsep dan prinsip pembangunan secara berterusan dan bermatlamat untuk memenuhi keperluan masa kini tanpa menjejaskan keupayaan generasi akan datang.


Pembangunan Lestari adalah kemampuan untuk memberi sokongan untuk memelihara sistem kehidupan sepenuhnya dalam manusia dan kehidupan lain di planet ini iaitu kemampuan untuk menyalurkan keperluan-keperluan unutk hidup secara berterusan dalam semua jenis benda hidup. Dalam konsep pembangunan lestari, penekanan diberikan kepada keseimbangan antara memenuhi keperluan manusia  dengan keupayaan  sistem semulajadi untuk membekalkan produk dan perkhidmatan tanpa degradasi.